BANTALKAPOK KEKABU ASLI

Tuesday, 12 March 2019

Diperbuat daripada bahan organik yang dikenali sebagai “kapok” yang berasal dari Bali, Indonesia. 

Ciri istimewa yang tahan lasak, tidak menyimpan haba, texture lebih lembut dari kekabu biasa dan paling penting ialah penghasilannya 100% bahan organik dengan bau harum kapok menjadikan ia ada sentimental value dan pilihan ramai orang.




Material : Kapok (Ceiba Pentandra) 100 bahan semulajadi, Lembut dan gebu Ketahanan : 8-10 tahun Penjagaan : Perlu di jemur untuk mengelakan bantal lembap.





Korang yang sukakan bantal kapok material kekabu jom cepat2 wasap mama geboo yer.

www.wasap.my/60139220486/bantalkapok


mama geboo 013 9220486

mama geboo 013 9220486

mama geboo 013 9220486

Bantal Memory Foam Jangka Hayat 10 Tahun

Diperbuat daripada teknologi khas untuk dihantar ke Australia, Memory Foam merupakan bantal yang mempunyai fungsi medical. 


Mempunyai 2 lekuk ketinggian berbeza, menyokong bahu tengkuk dan kepala serta membantu aliran darah kerana foamnya lembut dan anjal.




Selain itu jangka hayat bantal boleh mencecah 10 tahun bergantung kepada cara penjagaan.
Material : Foam khas yang boleh membuatkan peredaran darah menjadi stabil.Sangat lembut dan mengikut keperluan pengguna


Korang mana yang memang nakkan bantal yang memang takkan lembik dalam jangka hayat yang panjang wajib beli memory foam nie yer.


mama geboo 013 9220486

mama geboo 013 9220486

mama geboo 013 9220486

H-Class Koleksi Bantal 4 bintang

H-Class koleksi bantal 4 Bintang. Hygiene - tidak berdebu dan anti alergik. Sangat bagus untuk mereka yang asma.Lembut & gebu - dibuat dari bahan yang empuk. Sesuai dengan tekstur kepala dan bahu. Selesa dan tidak panas Mudah untuk dicuci & dijaga.Tidak memerangkap lembapan seperti habuk dan peluh yang sebabkan bantal menjadi lembab, busuk, gatal dan tekstur dalaman menjadi lembik.Boleh dibasuh menggunakan washing machine.




Material : Polyester (Fiber) Hollowfill Lembut, selesa dan tidak panas. Anti Alergik ,Serap Haba untuk mengelakkan bantal tidak berbau.
.
*Sleep Like A King*
“Ingat DAG®, Ingat Bantal Hotel 7 Bintang”



mama geboo 013 9220486

mama geboo 013 9220486

mama geboo 013 9220486

H-Class Pro Terbaik

Terdiri daripada material fibre yang lebih halus dan diperbuat menggunakan teknologi baru iaitu carding(carik), menjadikan bantal H-Class Pro lebih lembut dan lebih tahan lasak. Penjagaan yang lebih mudah kerana ianya boleh dibasuh.





Material : Polyester (Fiber) Hollowfill Lembut, selesa dan tidak panas. Anti Alergik ,Serap Haba untuk mengelakkan bantal tidak berbau.
.
*Sleep Like A King*
“Ingat DAG®, Ingat Bantal Hotel 7 Bintang”

mama geboo 013 9220486

mama geboo 013 9220486

mama geboo 013 9220486
.

ANDA KAKI TRAVEL? DAG KELUARKAN PRODUK BARU KHAS UNTUK ANDA


Tidak kira travel ke kampung, pergi melancong samada menggunakan kereta, bas, keretapi atau kapal terbang sudah tentu anda mahukan sesuatu yang selesa untuk di bawa bersama. Salah satu ciri-ciri item untuk di bawa semestinya bersaiz kompak, ringan, dan mudah di bawa. Betul ke betul? Even bila anda memilih stroller untuk bawa bayi apabila travel juga anda pilih yang mudah lipat, beg yang ringan tetapi ada banyak compartment. Tepat?
.
Memahami keperluan, DAG telah memberikan satu kelainan dalam memori travel anda. Anda pernah naik bas atau keretapi dan tertidur? Kepala terlentok ke kiri dan kanan, bangun dalam keadaan sangat tidak selesa dan sakit buat mood untuk berjalan sedikit down. Bawa anak naik kereta, mereka sering tertidur, nak bawa bantal yang besar sangat leceh, makan space.
.
Kadang bila penat memandu terlalu lama, mahu berehat seketika dengan tidur sekejap. Jatuhkan sit dan baring menelentang. Ketinggian kepala daan badan tak sama, kelegaan dari mengantuk yang dimahukan, kepala dan tengkuk pulak sakit. Aduhhhh... Perjalanan masih jauh dan konsentrasi mula terganggu dek tidak cukup tidur dan silap tidur tadi. Kesannya memberi bahaya kepada pemanduan dan boleh akibatkan kemalangan.
.
Perkenalkan DAG BOURDIOR PILLOW bantal travel bersaiz mini yang bakal memenuhi kepeeluan travel anda.
. 



Kenapa wajib untuk dimiliki? 

✅ Kecil bersaiz 14”x19” mudah di bawa ke mana sahaja.
✅ Mempunyai beg design khas inspirasi dari Dior. Wah! Mudah, sangkut je di bahu atau mungkin selesa untuk pegang. Anak bawa sendiri bantal mereka pun boleh.
✅ Ringan dan lembut. Amat selesa untuk dipeluk, sandarkan belakang atau tidur seketika.
✅ Spesifikasi jahitan dan isian dalam sama seperti bantal hotel 5 bintang!
.
wow bukan?

Dah boleh beli ke? Bantal travel ini akan release tak lama lagi. 

Untuk anda yang nak dapatkan BOURDIOR PILLOW boleh terus hubungi mama geboodan buat pre-order sekarang! 
.
.
"Ingat DAG®, Ingat Bantal Hotel”


mama geboo 013 9220486
mama geboo 013 9220486
mama geboo 013 9220486
PROGRAM SUMBANGAN BANTAL DAG KE PUSAT TAHFIZ AL-QURAN & AL-HADIS KG DUYONG, MELAKA
.
Alhamdulillah dan ucapan tahniah buat team Usahawan DAG Melaka yang meluangkan hujung minggu mereka dengan program beramal. 


Tahniah juga kepada Grand Master Leader dan Master Leaders kita yang mengorbankan masa mereka dengan memeriahkan lagi program sumbangan tersebut sejurus selesai sahaja program ICG di Melaka. Tiada kata yang dapat menggambarkan kegembiraan anak-anak tahfiz tersebut apabila dapat bantal DAG ni

Semoga ini dapat memberikan inspirasi buat orang di luar sana supaya tidak pernah berhenti untuk beramal dan melakukan perkara baik walaupun sibuk dengan dunia kerjaya.
.
*Sleep Like A King*
“Ingat DAG, Ingat Bantal Hotel 7 Bintang”
.


WUJUDKAN YANG TIADA, HIDUPKAN YANG MATI


Salam semua follower mama geboo.

Kali ini mama geboo nak sahut cabaran hq dag  untuk cabaran 21hari, 21 hari entri dag.

Kebetulan sales bantal mama pun banyak dapat dalam blog.

Untuk 21hari cabaran entri dag korang akan lebih tau detail lagi tentang produk dag yer.



Nantikan yee next entry mama geboo yee. Insyaallah mesti korang teruja nak tau kan bagaimana mama geboo boleh terjebak menjual bantal hotel nie.

Stay tune


*Sleep Like A King* 👑

"Ingat DAG®, Ingat Bantal Hotel”

Hotel Review Hibiscus Penang

Friday, 8 March 2019

Alhamdulillah harini 8 Mac 2019 kami sampai di penang.
Sebenarnya percutian ini tak di rancang pun. Kebetulan ofis suami dapat anugerah kecemerlangan untuk kontraktor di seluruh di malaysia.
Jadinya aper lagi abah dia cakap jom kita pergi satu family.

First sekali kami booking tiket di agoda. Dapat murah dari  booking. Com.
Harga biasa rm7++ alhamdulillah untuk executive suite pool kami dapat rm503.


Bertolak pukul 8.30 pagi dari kuantan.Kami tiba sekitar pukul 4 di penang. Sempat snap gambar di jambatan pulau pinang tadi.



Kami menginal di bilik 1701 menghadap separuh laut dan daratan. Nie view bilik yang sempat kami snap tadi.



Ruang pertama ader 2katil queen untuk ruang pertama bilik. Allhamdulilah. Bilik pun puas hati besar



Ruang ke 2 ader shower, bath tub dan bilik air





Ruang ke 3 ader private pool. Paling ditunggu oleh bebudak nie. Yang bestnye mama pun  boleh mandi sekali.

Agak2 berapa bintang nak bagi untuk hotel hibiscus penang?

Tunggu next entry mama yang seterusnya

Nanti mama sambung next entri untuk jalan2 cari makan di penang pulak. Jangan lupa tau follow. Tq


CRV kembar pertama di Malaysia??

Monday, 19 February 2018


Petang nie rasa terdetik nak share kisah kembar CRV cik gebus. Sebenarnya CRV cik gebus nie ade kembar. Nie bukan setakat kembar biasa2 tau. Baik dari segi warna , CC kereta cuma no plat jer berbeza. Itu pun berbeza satu nombor jer.

Jom kita tengok kembar CRV cik gebus. Jeng2

Pandangan dari belakang. Cuba teka yang mana satu cik gebus punya?

 Crv kembar jalan2 di aeon mall semalam.

Pandangan dari hadapan. Ader sorang adik dan sorang abang.

Untuk pengetahuan korang CRV satu lagi tu milik kakak ipar cik gebus iaitu che sue. Kami beli sekali dan register nombor sekali di kelantan. Rezeki dapat nombor beza 1 angka jer. Dalam group CRV kamilah satu- satunya CRV kembar Malaysia.

Korang ader lagi nak join next kembar??

Lahirnya Ayra Berat 4.25kg... Sekarang???

Sunday, 18 February 2018



Alhamdulillah pada 30.6. 2016 lahirnya seorang puteri ke 3 cik gebus.Nur Ayra Damia nama diberi. Nurse bagitau baby ayra catat rekod kelahiran pada harini ini kerana mengalahkan berat baby lain.


Sebelum tu cik gebus nak belanja gambar paling besar ayra. Memang wow sangat..


   Berat ayra yang paling besar pada masa nie

Bulan berganti bulan berat ayra makin naik. Cik gebus dah naik risau.  Pipi pun dah jadi tepung gomok dah. 

   Ayra masa nie umur 5bulan. Berat 8 kilo

Even ramai yang cakap suka tengok baby ayra bambam camnie tapi cik gebus sian kat dia tengok merangkak sekejap pun macam dan cepat mengah. Yang masa nie paling kesian cik gebus tengok. Bukan jer syahmi tak larat nak angkat, ayra pun tak larat jugak nak angkat badan dia sendiri.

                Berat ayra 6bulan 9.1 kg

                

Masa nie cik gebus dah dapat warning dari nurse untuk pantau pemakanan ayra. Ayra pun dah dapat surat untuk dirujuk kepada pakar pemakanan. Berat ayra masa nie atas border line jer untuk masuk kategori obesiti. Jumpa dengan pegawai pemakanan beliau sarankan ayra untuk tidak amalkan lagi makan nestum dan nasihatkan untuk buat nasi bubur. Teruskan breastfeeding seperti biasa. 

                    Berat ayra 7bulan 11kg

Alhamdulillah Ayra konsisten ikut cara pemakanan yang nurse ajar dan dalam masa sama aktif jugak merangkak dan berjalan. Harini hari injection ayra satu tahun.Jom kita tengok berapa dah berat terkini ayra.


               Berat ayra 1thn 5hari 12.5kg

Masa nie walaupun berat naik tapi kalau dikira dari BMI ayra dah bebas dari obesiti. Sebabnya tinggi ayra bole cover berat. So takder masalah. Tapi nurse pun memang suruh cik gebus pantau lagi la dari segi pemakanan ayra.



 Berat Ayra 1 tahun 6bulan 12.5kg

Alhamdulillah berat ayra masa nie kembali normal.  Beratnya hampir sama pada usia ayra setahun. Yeayyyyy


Now,semasa artikel ini ditulis  umur ayra sekarang dah masuk 1 tahun 8bulan. Sekarang ayra makan semua makanan yang cik gebus makan. Cik gebus dah tak amalkan ayra bubur nasi tapi apa yang cik gebus makan tu cik gebus suapla kat ayra. Tidak dinafikan memang ayra nie suka makan. Tak dapat mainan takper lagi bagi dia tapi tak dapat makanan memang menangis la.


Gambar terbaru ayra yang sempat cik gebus sempat  snap masa nak ambik kakak zara masa balik sekolah. Bila dah dapat berat ideal sekarang ayra dah makin aktif berlari,memanjat dan tidak mengah seperti dulu lagi. 

Sekian coretan cik gebus. Nanti ader masa terluang cik gebus share lagi okesss..

Nasi Dagang Sohor Kg Atas Tol





Nasi dagang memang tak boleh di pisahkan dengan orang negeri Terengganu.

Tapi dalam banyak2 nasi dagang yang ader di negeri Terengganu ader satu tempat cik gebus nak share nasi dagang viral paling sedap sekali setakat ini. Lokasinya ialah di Kampung Atas Tol.   

Sebenarnya nasi dagang viral nie sebelah kg cik gebus jer. Tapi biasala orang cakap kalau dekat tu jarang pulak dapat makan kat situ. Biasanya memang tiap kali balik kampung ayah cik gebus la jadi mangsa beratur. Tapau jer biasanya. Tapi hari nie terdetik rasa nak pergi terus makan kat sana. Rasa dah awal sampai tapi tengok gambar bawah nie dah ramai dah orang kat kedai.

Haaa..nie orang beratur nak bungkus pun ramai jugak.


Apa yang menariknya nasi dagang ini ialah dari segi tekstur nasi yang lembut dan kuahnya pun sesedap rasa. Makanan sampingan lain yang ader adalah keropok dan ketupat



Selain dari itu,air tea buih madu pun menjadi tarikan pengunjung untuk datang ke situ.



Kalau korang nak datang biasanya memang kena book tempat dulu lepas tu baru beratur untuk order makan. Sebab tempat duduk memang biasanya penuh.

 Tapi yang bestnya jarang la yang duduk makan di situ nak berborak lama sebab nak bagi laluan kepada orang lain nak duduk pulak. Tu memang cik gebus respect sangat.
Tadi pun cik gebus pergi seawal pukul 7 dah sampai sana. Pergi sana kereta pun dah banyak tapi alhamdulillah rezeki terus dapat tempat duduk.

Dari segi harga pula boleh dikatakan sangat available la. Tadi cik gebus makan dengan adik beradik :-

- nasi dagang 4 pinggan.
- Tea tarik 4 cawan
- Tea buih madu 2 gelas ( saiz kecil)
- keropok lekor 9batang
- ketupat 2 ketul
- Tapau lagi 4 bungkus nasi dagang
Total semua sekali rm59.

Memang puas  hati sangat. So korang yang berkira2 nak pergi nie cik gebus share location nasi dagang Atas Tol. Ia berdekatan dengan Sek Men Keb Sultan Mansor.
Boleh klik location untuk imej lebih jelas. 



Okes setakat ini dulu coretan cik gebus sepanjang cuti2 hari raya cina nie. Next kita sambung lagi. Bubye..

Nice View Pantai Pulau Kekabu

Friday, 16 February 2018


Cik gebus nak share tempat menarik kalau korang balik kampung atau bercuti di kuala terengganu. Semalam cik gebus sempat pergi kat pantai ni dengan adik beradik cik gebus.

              Nie haa nama penuh pantai.

Pantai ini terletak di Marang, bersebelahan dengan masjid Marang. Kalau korang memang berhajat nak bawak anak2 mandi atau main2 air kat sini jangan lupa bawak air spare untuk bilas yer. Sebab biasalah nie pantai bukan waterpark. Air bilas memang tak disediakan.
Tapi kalau korang nak terus balik basah2 camtu pun boleh jugak.hehe.Balik terus mandi kat rumah.

Jom kita cuci mata gambar yang  cik gebus sempat rakamkan.

                       View dari atas bukit


           Ayra pun nak main air jugak


                      Ayah ngah dan ayra


Syahmi yang sangat excited main dengan air.


             4 sepupu landing dalam air

Fuhh, cik gebus pun lama tak main air pantai. Sempatla main air dengan bebudak nie. Pantai nie boleh dikatakan selamat nak mandi berbanding pantai batu buruk. Tapi kalau boleh memang kita kena pantau la. Nie pun 2 orang pantau berbudak ni mandi.  Cik gebus pun ambik side hujung jer suruh bebudak nie mandi.

Ok kalau korang nak pergi bole klik sini untuk location :-


Insyaallah next time balik kampung boleh repeat datang lagi.
Sekian entry cik gebus untuk harini.


Bantal Hotel Phd 3bj rm100???


Pagi semua..
Sekarang cik gebus odw nak balik kampung. Sempat la update beberapa entry dalam kereta nie.

Cik gebus nak update satu lagi bantal hotel tapi harga memang berbaloi untuk dimiliki. Inilah dia bantal hotel jenis phd.


Yang bestnya harga bantal hotel jenis phd nie memang mampu milik iaitu belian 3bj dengan harga rm100 sahaja



Untuk pengetahuan anda semua bantal hotel phd nie banyak di guna untuk hotel bertaraf 3 bintang. Even 3 bintang kualiti gred adalah untuk keluaran bantal hotel.

Jom miliki sekarang bagi yang nak berminat dengan bantal hotel phd ini.

Cik gebus 013 9220486

Cik gebus 013 9220486

Cik gebus 013 9220486








Bantal Bulu Kangaroo

Tuesday, 13 February 2018





Bantal bulu Kangaroo  ?
.
.
Ini adalah bantal baru keluaran DAG®. Diperbuat dari memory foam. Amat sesuai kepada ibu2 yg dalam pantang, nak mengurut, yg memang perlukan extra support masa tidur atau yg nak naik ke bulan dan angkasa!!???



.
Memory foam ni, adalah sejenis foam atau span, yg direka khas untuk NASA untuk naik ke angkasa dan bulan. Digunakan pada kerusi, alas dlm pakaian kedap udara, dan menjadi alas2 untuk kelengkapan kusyen, sbb memory foam amat bagus untuk pengaliran daran, dan angkasawan ni memang mereka akan duduk dlm tempoh masa yg amat lama.




.
Lepas kejayan itu, memory foam ni banyak digunakan untuk tilam dan bantal2 bagi peskit2 yg koma atau lumpuh, disebabkan mereka memerlukan bahan yg tidak menyekat aliran darah bila mereka tidur dlm tempoh masa yg amat lama.
.
Tapi di sebabkan harga yg agak tinggi, kebanyakan akan gunakan bantal Latex dan foam biasa untk gantikan memory foam untuk sektor perubatan awam.
.


Ni medical Pillow ke? Dulu ya, sekarang bantal mcm ni dah digunakan meluas untuk semua jenis sektor, termasuk perhotelan. Tapi bantal ni tak famous mcm bantal2 lain, disebabkan harga yg agak tinggi, dan kegunaan nya dulu lebih kepada untuk rawatan.
.
Untuk bantal Hotel semua akan nampak microfiber, Duck Down ataupun Hclass. Tapi sekarang ni belah2 Australia 🇦🇺, mereka dah mula menambahkan Value dan keunikan hotel2 mereka dengan menggunakan bantal memory foam sebagai bantal pilihan mereka.
.
Bukan sekadar di Australia, tapi beberapa hotel di Malaysia pun dah ada yg gunakan bantal memory foam untuk bantal pilihan mereka.
Kenapa ya?
.
.
1) trand terkini
2) lebih tahan lama
3) tak berbau
4) senang nak jaga dan cuci
5) lebih selesa, dan sesuai untuk semua
6) lebih Exclusive
7) amat selesa.
.
.
.
Alhamdulillah DAG® dapat kenal kilang yg buat dan exports ke pasaran hotel2 di Australia untuk bantal jenis memory foam ni.
.
Secara Exclusif, kami menawarkan bantal yg amat unik dan istimewa ini kepada semua pelanggang2 DAG®. Stock terhad.
.
.
cikgebus  013 9220486

cikgebus  013 9220486

cikgebus   013 9220486

Bedding Set New Update..

Saturday, 10 February 2018


Hii korang.

Tengah tidur lagi ker?

Siapa sebelum nie pernah beli bedding set hotel DAG.

Kalau sebelum nie biasa korang beli tak dapat dalam bentuk plastik cantik. Nie cik gebus nak bagitau insyaaallah lepas nie korang akan dapat dalam plastik cenggini.




Cantik kan? Dalam nie semua set lengkap bila dah pasang  dapat hasil camnie :-



Berminat nak jadikan kamar seperti bilik tidur ala2 hotel jom wasap cik gebus tau

cik gebus 013 9220486

cik gebus 013 9220486

cik gebus 013 9220486

4 sebab kenapa mudahnya bisnes bantal hotel??

Tuesday, 6 February 2018

Nak bagitahu ni

Sape nak bisnes tapi taktau nak bisnes apa....nak belajar bisnes tapi tak tahu nak mula kat mana......

Jom bisnes bantal hotel DAG

Kenapa?

No.1
Senang jual

No.2
Takyah study banyak pasal produk, sesiapa jer terus boleh mula

No.3
Nama DAG sudah dikenali. Lagi laa orang cari, lagi laa senang jual.


Marketing dan support yang berterusan dari hq.

No.4
Berapa modal?
Boleh mula tanpa modal pun dengan sistem rakan niaga dropship kita.
Hanya ambil order, kami poskan terus kepada customer.

Bersama team Cik gebus jom kita jana income bersama

.
.
Cik gebus 013 9220486

Cik gebus 013 9220486

Cik gebus 013 9220486

Ribuan Stok Bantal Hotel Sampai Di HQ


Alhamdulillah..

Ribuan stok bantal hotel sampai dah di Hq.

4 treller u olls sampai kat hq. Yeay....yeay.

Baru2 nic cik gebus cuak jugak la sebab bos inform bekalan terputus sebab dah akhir tahun ditambahi pula dengan cuti2 malaysia kan..




Ok jom cik gebus dah restock bantal hotel untuk korang semua..Panas2 dari dalam oven lagi tau.

Cik gebus 013 9220486

Cik gebus 013 9220486

Cik gebus 013 9220486

TOWEL HOTEL...MAMPU MILIK


Salam semua..
Selamat malam dah makan ker semua.
Okes, malam nie cik gebus nak share gambar towel hotel pulak yer. Ramai sangat yang nak sangat towel macam kat hotel tu.
Bole  tengok gambar  serta harga di bawah yer.


                         Gambar 1


                          Gambar 2

Towel nie memang sebiji sama seperti dekat hotel. Cuma beza dia yang gambar 1 tu kecik sedikit size dan yang gambar 2 tu agak besar sedikit. Kualiti kain sama yer.


Korang minat yang mana? Boleh wasap cik gebus cepat2

013 9220486

013 9220486

013 9220486

300k Unit Bantal Hotel Hclass Terjual

Monday, 5 February 2018


Alhamdulillah, bantal hotel paling laris iaitu bantal Hclass telah mencatatkan jualan luar biasa. Rekod jualan adalah sebanyak 300k unit bantal hotel. Wow, satu angka yang sangat besar kan??




Kesimpulannya disini betapa ramainya insan di luar sana yang memang inginkan tidur lena seperti berada di hotel kan?

Tapi takkan hari2 nak check in hotel. Betul tak?

Jadi jalan singkat , jimat dan mudah hanya beli sahaja bantal hotel serta koleksi barangan hotel dari keluaran DAG dengan harga mampu milik ini dan jadikan bilik kita seperti di hotel gitew.. Best kan??.


013 9220486

013 9220486

013 9220486

Lagi Selfie Bantal Hotel Dengan Customer



Salam semua kesayangan cik gebus.
Okey cik gebus free harini. Jadi cik gebus nak belanja sikit la gambar selfie dengan customer.

Jom intai2 pakcik, kakak , adik2 semua ader. Sporting2 belaka bergambar dengan bantal hotel masing2.


Wah makcik sekali borong 3 biji terus.. Cayalah makcik

 Kakak gojes pun borong bundle tau. Malu2 bergambar disebalik bantal hotel.



Abang  kita nie pun terus borong 4biji. Steady abang.


Haaa..korang semua takkan nak tengok jer. Jom beli dan jadikan tidur anda selepas ini seperti tidur di hotel.


013 9220486

013 9220486

013 9220486