Nice View Pantai Pulau Kekabu

Friday 16 February 2018


Cik gebus nak share tempat menarik kalau korang balik kampung atau bercuti di kuala terengganu. Semalam cik gebus sempat pergi kat pantai ni dengan adik beradik cik gebus.

              Nie haa nama penuh pantai.

Pantai ini terletak di Marang, bersebelahan dengan masjid Marang. Kalau korang memang berhajat nak bawak anak2 mandi atau main2 air kat sini jangan lupa bawak air spare untuk bilas yer. Sebab biasalah nie pantai bukan waterpark. Air bilas memang tak disediakan.
Tapi kalau korang nak terus balik basah2 camtu pun boleh jugak.hehe.Balik terus mandi kat rumah.

Jom kita cuci mata gambar yang  cik gebus sempat rakamkan.

                       View dari atas bukit


           Ayra pun nak main air jugak


                      Ayah ngah dan ayra


Syahmi yang sangat excited main dengan air.


             4 sepupu landing dalam air

Fuhh, cik gebus pun lama tak main air pantai. Sempatla main air dengan bebudak nie. Pantai nie boleh dikatakan selamat nak mandi berbanding pantai batu buruk. Tapi kalau boleh memang kita kena pantau la. Nie pun 2 orang pantau berbudak ni mandi.  Cik gebus pun ambik side hujung jer suruh bebudak nie mandi.

Ok kalau korang nak pergi bole klik sini untuk location :-


Insyaallah next time balik kampung boleh repeat datang lagi.
Sekian entry cik gebus untuk harini.


2 comments:

  1. wah
    1st time dengar nama pantai nih
    nampak cantik
    rasa nak mandi laut jer lepas tengok

    ReplyDelete