Nasi Dagang Sohor Kg Atas Tol

Sunday, 18 February 2018





Nasi dagang memang tak boleh di pisahkan dengan orang negeri Terengganu.

Tapi dalam banyak2 nasi dagang yang ader di negeri Terengganu ader satu tempat cik gebus nak share nasi dagang viral paling sedap sekali setakat ini. Lokasinya ialah di Kampung Atas Tol.   

Sebenarnya nasi dagang viral nie sebelah kg cik gebus jer. Tapi biasala orang cakap kalau dekat tu jarang pulak dapat makan kat situ. Biasanya memang tiap kali balik kampung ayah cik gebus la jadi mangsa beratur. Tapau jer biasanya. Tapi hari nie terdetik rasa nak pergi terus makan kat sana. Rasa dah awal sampai tapi tengok gambar bawah nie dah ramai dah orang kat kedai.

Haaa..nie orang beratur nak bungkus pun ramai jugak.


Apa yang menariknya nasi dagang ini ialah dari segi tekstur nasi yang lembut dan kuahnya pun sesedap rasa. Makanan sampingan lain yang ader adalah keropok dan ketupat



Selain dari itu,air tea buih madu pun menjadi tarikan pengunjung untuk datang ke situ.



Kalau korang nak datang biasanya memang kena book tempat dulu lepas tu baru beratur untuk order makan. Sebab tempat duduk memang biasanya penuh.

 Tapi yang bestnya jarang la yang duduk makan di situ nak berborak lama sebab nak bagi laluan kepada orang lain nak duduk pulak. Tu memang cik gebus respect sangat.
Tadi pun cik gebus pergi seawal pukul 7 dah sampai sana. Pergi sana kereta pun dah banyak tapi alhamdulillah rezeki terus dapat tempat duduk.

Dari segi harga pula boleh dikatakan sangat available la. Tadi cik gebus makan dengan adik beradik :-

- nasi dagang 4 pinggan.
- Tea tarik 4 cawan
- Tea buih madu 2 gelas ( saiz kecil)
- keropok lekor 9batang
- ketupat 2 ketul
- Tapau lagi 4 bungkus nasi dagang
Total semua sekali rm59.

Memang puas  hati sangat. So korang yang berkira2 nak pergi nie cik gebus share location nasi dagang Atas Tol. Ia berdekatan dengan Sek Men Keb Sultan Mansor.
Boleh klik location untuk imej lebih jelas. 



Okes setakat ini dulu coretan cik gebus sepanjang cuti2 hari raya cina nie. Next kita sambung lagi. Bubye..

No comments:

Post a Comment