Alhamdulillah pada 30.6. 2016 lahirnya seorang puteri ke 3 cik gebus.Nur Ayra Damia nama diberi. Nurse bagitau baby ayra catat rekod kelahiran pada harini ini kerana mengalahkan berat baby lain.
Sebelum tu cik gebus nak belanja gambar paling besar ayra. Memang wow sangat..
Berat ayra yang paling besar pada masa nie
Sebelum tu cik gebus nak belanja gambar paling besar ayra. Memang wow sangat..
Berat ayra yang paling besar pada masa nie
Bulan berganti bulan berat ayra makin naik. Cik gebus dah naik risau. Pipi pun dah jadi tepung gomok dah.
Ayra masa nie umur 5bulan. Berat 8 kilo
Even ramai yang cakap suka tengok baby ayra bambam camnie tapi cik gebus sian kat dia tengok merangkak sekejap pun macam dan cepat mengah. Yang masa nie paling kesian cik gebus tengok. Bukan jer syahmi tak larat nak angkat, ayra pun tak larat jugak nak angkat badan dia sendiri.
Berat ayra 6bulan 9.1 kg
Masa nie cik gebus dah dapat warning dari nurse untuk pantau pemakanan ayra. Ayra pun dah dapat surat untuk dirujuk kepada pakar pemakanan. Berat ayra masa nie atas border line jer untuk masuk kategori obesiti. Jumpa dengan pegawai pemakanan beliau sarankan ayra untuk tidak amalkan lagi makan nestum dan nasihatkan untuk buat nasi bubur. Teruskan breastfeeding seperti biasa.
Berat ayra 7bulan 11kg
Alhamdulillah Ayra konsisten ikut cara pemakanan yang nurse ajar dan dalam masa sama aktif jugak merangkak dan berjalan. Harini hari injection ayra satu tahun.Jom kita tengok berapa dah berat terkini ayra.
Berat ayra 1thn 5hari 12.5kg
Masa nie walaupun berat naik tapi kalau dikira dari BMI ayra dah bebas dari obesiti. Sebabnya tinggi ayra bole cover berat. So takder masalah. Tapi nurse pun memang suruh cik gebus pantau lagi la dari segi pemakanan ayra.
Berat Ayra 1 tahun 6bulan 12.5kg
Alhamdulillah berat ayra masa nie kembali normal. Beratnya hampir sama pada usia ayra setahun. Yeayyyyy
Now,semasa artikel ini ditulis umur ayra sekarang dah masuk 1 tahun 8bulan. Sekarang ayra makan semua makanan yang cik gebus makan. Cik gebus dah tak amalkan ayra bubur nasi tapi apa yang cik gebus makan tu cik gebus suapla kat ayra. Tidak dinafikan memang ayra nie suka makan. Tak dapat mainan takper lagi bagi dia tapi tak dapat makanan memang menangis la.
Gambar terbaru ayra yang sempat cik gebus sempat snap masa nak ambik kakak zara masa balik sekolah. Bila dah dapat berat ideal sekarang ayra dah makin aktif berlari,memanjat dan tidak mengah seperti dulu lagi.
Sekian coretan cik gebus. Nanti ader masa terluang cik gebus share lagi okesss..
alhamdulillah...
ReplyDelete