Tuesday, 12 March 2019

PROGRAM SUMBANGAN BANTAL DAG KE PUSAT TAHFIZ AL-QURAN & AL-HADIS KG DUYONG, MELAKA
.
Alhamdulillah dan ucapan tahniah buat team Usahawan DAG Melaka yang meluangkan hujung minggu mereka dengan program beramal. 


Tahniah juga kepada Grand Master Leader dan Master Leaders kita yang mengorbankan masa mereka dengan memeriahkan lagi program sumbangan tersebut sejurus selesai sahaja program ICG di Melaka. Tiada kata yang dapat menggambarkan kegembiraan anak-anak tahfiz tersebut apabila dapat bantal DAG ni

Semoga ini dapat memberikan inspirasi buat orang di luar sana supaya tidak pernah berhenti untuk beramal dan melakukan perkara baik walaupun sibuk dengan dunia kerjaya.
.
*Sleep Like A King*
“Ingat DAG, Ingat Bantal Hotel 7 Bintang”
.


WUJUDKAN YANG TIADA, HIDUPKAN YANG MATI


Salam semua follower mama geboo.

Kali ini mama geboo nak sahut cabaran hq dag  untuk cabaran 21hari, 21 hari entri dag.

Kebetulan sales bantal mama pun banyak dapat dalam blog.

Untuk 21hari cabaran entri dag korang akan lebih tau detail lagi tentang produk dag yer.



Nantikan yee next entry mama geboo yee. Insyaallah mesti korang teruja nak tau kan bagaimana mama geboo boleh terjebak menjual bantal hotel nie.

Stay tune


*Sleep Like A King* 👑

"Ingat DAG®, Ingat Bantal Hotel”

Hotel Review Hibiscus Penang

Friday, 8 March 2019

Alhamdulillah harini 8 Mac 2019 kami sampai di penang.
Sebenarnya percutian ini tak di rancang pun. Kebetulan ofis suami dapat anugerah kecemerlangan untuk kontraktor di seluruh di malaysia.
Jadinya aper lagi abah dia cakap jom kita pergi satu family.

First sekali kami booking tiket di agoda. Dapat murah dari  booking. Com.
Harga biasa rm7++ alhamdulillah untuk executive suite pool kami dapat rm503.


Bertolak pukul 8.30 pagi dari kuantan.Kami tiba sekitar pukul 4 di penang. Sempat snap gambar di jambatan pulau pinang tadi.



Kami menginal di bilik 1701 menghadap separuh laut dan daratan. Nie view bilik yang sempat kami snap tadi.



Ruang pertama ader 2katil queen untuk ruang pertama bilik. Allhamdulilah. Bilik pun puas hati besar



Ruang ke 2 ader shower, bath tub dan bilik air





Ruang ke 3 ader private pool. Paling ditunggu oleh bebudak nie. Yang bestnye mama pun  boleh mandi sekali.

Agak2 berapa bintang nak bagi untuk hotel hibiscus penang?

Tunggu next entry mama yang seterusnya

Nanti mama sambung next entri untuk jalan2 cari makan di penang pulak. Jangan lupa tau follow. Tq


CRV kembar pertama di Malaysia??

Monday, 19 February 2018


Petang nie rasa terdetik nak share kisah kembar CRV cik gebus. Sebenarnya CRV cik gebus nie ade kembar. Nie bukan setakat kembar biasa2 tau. Baik dari segi warna , CC kereta cuma no plat jer berbeza. Itu pun berbeza satu nombor jer.

Jom kita tengok kembar CRV cik gebus. Jeng2

Pandangan dari belakang. Cuba teka yang mana satu cik gebus punya?

 Crv kembar jalan2 di aeon mall semalam.

Pandangan dari hadapan. Ader sorang adik dan sorang abang.

Untuk pengetahuan korang CRV satu lagi tu milik kakak ipar cik gebus iaitu che sue. Kami beli sekali dan register nombor sekali di kelantan. Rezeki dapat nombor beza 1 angka jer. Dalam group CRV kamilah satu- satunya CRV kembar Malaysia.

Korang ader lagi nak join next kembar??

Lahirnya Ayra Berat 4.25kg... Sekarang???

Sunday, 18 February 2018



Alhamdulillah pada 30.6. 2016 lahirnya seorang puteri ke 3 cik gebus.Nur Ayra Damia nama diberi. Nurse bagitau baby ayra catat rekod kelahiran pada harini ini kerana mengalahkan berat baby lain.


Sebelum tu cik gebus nak belanja gambar paling besar ayra. Memang wow sangat..


   Berat ayra yang paling besar pada masa nie

Bulan berganti bulan berat ayra makin naik. Cik gebus dah naik risau.  Pipi pun dah jadi tepung gomok dah. 

   Ayra masa nie umur 5bulan. Berat 8 kilo

Even ramai yang cakap suka tengok baby ayra bambam camnie tapi cik gebus sian kat dia tengok merangkak sekejap pun macam dan cepat mengah. Yang masa nie paling kesian cik gebus tengok. Bukan jer syahmi tak larat nak angkat, ayra pun tak larat jugak nak angkat badan dia sendiri.

                Berat ayra 6bulan 9.1 kg

                

Masa nie cik gebus dah dapat warning dari nurse untuk pantau pemakanan ayra. Ayra pun dah dapat surat untuk dirujuk kepada pakar pemakanan. Berat ayra masa nie atas border line jer untuk masuk kategori obesiti. Jumpa dengan pegawai pemakanan beliau sarankan ayra untuk tidak amalkan lagi makan nestum dan nasihatkan untuk buat nasi bubur. Teruskan breastfeeding seperti biasa. 

                    Berat ayra 7bulan 11kg

Alhamdulillah Ayra konsisten ikut cara pemakanan yang nurse ajar dan dalam masa sama aktif jugak merangkak dan berjalan. Harini hari injection ayra satu tahun.Jom kita tengok berapa dah berat terkini ayra.


               Berat ayra 1thn 5hari 12.5kg

Masa nie walaupun berat naik tapi kalau dikira dari BMI ayra dah bebas dari obesiti. Sebabnya tinggi ayra bole cover berat. So takder masalah. Tapi nurse pun memang suruh cik gebus pantau lagi la dari segi pemakanan ayra.



 Berat Ayra 1 tahun 6bulan 12.5kg

Alhamdulillah berat ayra masa nie kembali normal.  Beratnya hampir sama pada usia ayra setahun. Yeayyyyy


Now,semasa artikel ini ditulis  umur ayra sekarang dah masuk 1 tahun 8bulan. Sekarang ayra makan semua makanan yang cik gebus makan. Cik gebus dah tak amalkan ayra bubur nasi tapi apa yang cik gebus makan tu cik gebus suapla kat ayra. Tidak dinafikan memang ayra nie suka makan. Tak dapat mainan takper lagi bagi dia tapi tak dapat makanan memang menangis la.


Gambar terbaru ayra yang sempat cik gebus sempat  snap masa nak ambik kakak zara masa balik sekolah. Bila dah dapat berat ideal sekarang ayra dah makin aktif berlari,memanjat dan tidak mengah seperti dulu lagi. 

Sekian coretan cik gebus. Nanti ader masa terluang cik gebus share lagi okesss..